Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada rasa kesal, Thinaah nikmati penampilan sulung Sukan SEA
  • SUKAN

Tiada rasa kesal, Thinaah nikmati penampilan sulung Sukan SEA

Utusan Sarawak 7 hours ago
BADMINTON… Beregu wanita negara, M. Thinaah dan Pearly Tan, beraksi menentang Indonesia pada separuh akhir acara berpasukan wanita badminton Sukan SEA ke-33 di Thailand, yang berlangsung di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, hari ini. Foto Bernama

BANGKOK: Pemain beregu wanita utama negara M. Thinaah mengakui Sukan SEA tetap mempunyai signifikan tersendiri meskipun beliau pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik dan bersaing dengan barisan pemain elit dalam Jelajah Dunia.

Thinaah yang bakal membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan edisi 2025 di Thailand bersama pasangannya Pearly Tan berkata setiap kejohanan menuntut tahap tumpuan dan komitmen yang sama tanpa mengira statusnya.

Meskipun sudah merasai kehangatan kejohanan bertaraf elit, pemain berusia 27 tahun itu berkata penghormatan mewakili Malaysia tetap tidak berubah, dengan satu-satunya matlamat beliau adalah memberikan segala-galanya di gelanggang sepanjang kempen Sukan SEA.

“Tidak kira sama ada anda bermain dalam kejohanan Jelajah Dunia, Sukan Olimpik atau Sukan Asia tetapi ini juga adalah satu kejohanan besar bagi kami.

“Untuk berada pada Sukan SEA ini adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi kami. Jadi, kami hanya mahu melakukan yang terbaik dan tidak meninggalkan sebarang kekesalan di gelanggang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu, gandingan nombor dua dunia dan naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan pasangan nombor 58 dunia Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum 21-14, 17-21, 21-16 untuk menghadiahkan mata pertama dan menyamakan kedudukan 1-1 menentang Indonesia dalam aksi separuh akhir acara berpasukan wanita.

 Malaysia bagaimanapun terlepas slot ke final selepas pemain nombor 76 dunia Indonesia Mutiara Ayu Puspitasari menghadiahkan mata kemenangan pada perlawanan penentuan, menewaskan Siti Zulaikha Muhammad Azmi 21-18, 21-16 di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.

Kali terakhir Malaysia mara ke final ialah ketika menjadi tuan rumah edisi 2017 sebelum tewas kepada Thailand 1-3.

Pingat emas terakhir yang dimenangi pula adalah pada edisi 2009 di Laos selepas menewaskan Indonesia 3-1.

Sukan SEA 2025 di Thailand akan membuka tirai secara rasminya esok, dan berlangsung sehingga 20 Disember ini di dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 215 peserta sertai Program Pembangunan Bola Tampar di Meradong
Next: Sukan SEA: Malaysia gagal ke akhir berpasukan wanita selepas tewas tipis kepada Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.