Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 215 peserta sertai Program Pembangunan Bola Tampar di Meradong
  • SUKAN

215 peserta sertai Program Pembangunan Bola Tampar di Meradong

Utusan Sarawak 3 days ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama para peserta kem. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Penyertaan seramai 215 peserta dalam program pembangunan bola tampar di Meradong membuktikan kesungguhan pihak sekolah dan komuniti sukan untuk mengangkat prestasi atlet muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata ia jelas menunjukkan komitmen padu pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong dan Kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung dalam memartabatkan sukan bola tampar di Daerah Meradong.

BERUCAP…. Datuk Ding Koung Hiing berucap pada majlis penutupan Kem Pembangunan Chop Ing Chiong dan majlis apresiasi Kelab Bola Tampar SMK Kai Chung Peringkat Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong
 

“Semoga semangat ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan, sama ada dalam bidang sukan mahupun akademik.

“Kepada para peserta kem, tahniah kerana telah menunjukkan disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan sepanjang program,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kem Pembangunan Chop Ing Chiong dan majlis apresiasi Kelab Bola Tampar SMK Kai Chung Peringkat Daerah Meradong bertempat di Dewan SMK Kai Chung, semalam.

SELAMAT DATANG… Datuk Ding Koung Hiing disambut dengan tarian singa setibanya di Dewan SMK Kai Chung. Foto Pusat Khidmat Meradong

Katanya, penyertaan ramai peserta kali ini telah menjadikan program tersebut lebih bermakna dan berimpak. 

“Jadikanlah ilmu dan pengalaman yang diperoleh sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh, bukan sahaja sebagai atlet yang hebat, tetapi juga sebagai insan yang berdisiplin dan berdaya saing,” katanya.

Koung Hiing turut mengumumkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM6,000 kepada Kelab Bola Tampar SMK Kai Chung sebagai sokongan untuk penganjuran program Kem Pembangunan Chop Ing Chiong Daerah Meradong pada tahun depan.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Mahathir Mahdini; Pengetua SMK Kai Chung, Nguang Seng; Pengerusi Lembaga Pengurusan SMK Kai Chung, Dato Thomas Ung Sing Ung; serta Koordinator Sukan Bola Tampar Majlis Sukan Negeri Sarawak, Lau Sie Long.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masa depan Salah di Liverpool kian kabur selepas letusan kemarahan 
Next: Tiada rasa kesal, Thinaah nikmati penampilan sulung Sukan SEA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.