Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEDC lakar pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas – Pengerusi
  • TEMPATAN

SEDC lakar pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas – Pengerusi

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama barisan kepimpinan dan petugas Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada majlis makan malam korporat SEDC 2025 di sini, malam tadi. Foto BERNAMA

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mencatatkan pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Husain.

Beliau berkata inisiatif tenaga boleh baharu dan hidrogen telah berkembang luas menerusi kemajuan hidrogen hijau oleh SEDC Energy Sdn Bhd serta sistem Transit Aliran Autonomi (ART) oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, yang akan menjadi pencapaian pertama nasional, dikuasakan oleh tenaga bersih apabila beroperasi kelak.

“Loji metanol mega di Bintulu, pelaburan strategik kita melalui syarikat sekutu Sarawak Petchem yang dilancarkan pada 2024, menjadi simbol kekuatan industri Sarawak dan keupayaan kita untuk melaksanakan projek kompleks dengan cemerlang,” katanya pada majlis makan malam korporat SEDC 2025 di sini, pada Jumaat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menghadiri majlis itu.

Abdul Aziz berkata SEDC, melalui anak syarikatnya Sarawak Metro, turut menyumbang kepada ekonomi hidrogen negeri dalam sektor pengangkutan menerusi pembangunan sistem ART yang akan beroperasi tidak lama lagi.

“Dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, kami terus mengukuhkan jejak melalui hotel milik kami sendiri iaitu Hotel Riverside Majestic, Hotel Grand Margherita, Resort Damai Lagoon dan Resort Damai Beach.

“Kami juga telah mengambil alih Resort & Spa Mulu Marriott, menjadikan SEDC pemilik majoriti hartanah berprestij ini,” katanya.

Beliau berkata anak syarikat SEDC, Hemisphere Corporation Sdn Bhd, telah mengambil alih pengurusan dan operasi Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Mac lepas sekali gus menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengembangkan keupayaannya dalam sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Dalam sektor agro dan ternakan, program pembiakbakaan kacuk Rosewood Station, percubaan penambahan Carmor Plains serta pengambilalihan Coomalie Depot Export Station — semuanya di Australia — telah meningkatkan kesediaan eksport lembu SEDC serta kualiti dan produktiviti ternakan secara keseluruhan, katanya.

Abdul Aziz berkata satu lagi anak syarikat, PPES Ternak Sdn Bhd, telah memperluas pengeluaran daging tambah nilai dengan memperkenalkan konbif lada hitam serta variasi baharu konbif dan kambing, manakala produk premium pramasak sejuk beku “Just Sear by Sarabif” akan mula dijual di cawangan Sarabif pada 15 Disember.

Mengenai operasi kuari, beliau berkata SEDC Resources dan Permaisara kini menguruskan 12 kuari dari Samarahan hingga Miri, memastikan bekalan granit, batu kapur dan batu pasir berterusan untuk menyokong pembangunan prasarana Sarawak yang pesat serta menyumbang hasil konsisten kepada SEDC Group.

Beliau berkata semua pencapaian itu membuktikan transformasi perbadanan itu kepada sebuah organisasi berprestasi tinggi dan sedia masa depan.

“Matlamat kami kekal jelas iaitu menjadikan SEDC sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi, cekap dan sedia masa depan yang mencatatkan prestasi penentu dan menjadi kebanggaan serta aset bernlai Sarawak,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Membina kehidupan yang lebih makmur
Next: Harmoni dan gaya hidup sihat warnai Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.