Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Bukit Begunan hadiri Sesi Libat Urus Projek Tanaman Padi Selepong
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Bukit Begunan hadiri Sesi Libat Urus Projek Tanaman Padi Selepong

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Mong Dagang menghadiri Sesi Libat Urus dan Dialog berkaitan pembangunan infrastruktur dan sistem saliran bagi Projek Tanaman Padi di kawasan Selepong, hari ini. Foto: ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang hari ini menghadiri Sesi Libat Urus dan Dialog berkaitan pembangunan infrastruktur dan sistem saliran bagi Projek Tanaman Padi di kawasan Selepong.

Program berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Selepong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan, melibatkan pelbagai agensi teknikal dan peserta projek

Sesi itu dimulakan dengan taklimat oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) yang menerangkan hala tuju pembangunan sektor padi di kawasan berkenaan.

Jabatan Pertanian Sarawak turut memberikan taklimat mengenai Pembangunan Padi termasuk aspek kawal selia, peningkatan hasil dan sokongan teknikal kepada peserta projek.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) turut membentangkan aspek teknikal pembangunan infrastruktur saliran bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek.

Sesi libat urus ini dihadiri oleh Tuai Rumah daripada tujuh kampung di Selepong serta para peserta projek tanaman padi yang terlibat secara aktif.

Sesi berkenaan penting bagi memastikan semua pihak mendapat maklumat tepat dan memahami peranan masing-masing dalam menjayakan usaha meningkatkan pengeluaran padi di kawasan tersebut.

Program ini juga dianggap sebagai platform kerjasama antara kerajaan, komuniti dan agensi pelaksana untuk memastikan setiap keperluan asas termasuk saliran, tanah dan sokongan teknikal diberi perhatian.

Mong turut menekankan komitmen kerajaan negeri dalam membantu masyarakat luar bandar meningkatkan produktiviti sektor pertanian sebagai usaha memperkukuh jaminan makanan negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM750,000 untuk laksana enam projek RTP di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.