Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MAF’25 angkat seni etnik, janjikan sambutan tahun baharu paling meriah
  • Utara
  • WILAYAH

MAF’25 angkat seni etnik, janjikan sambutan tahun baharu paling meriah

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENGERUSI MAF’25 Mohd. Hafidz Rohani.

MIRI: Festival Seni Miri 2025 (MAF’25) kembali membuka tirai dengan pengisian lebih besar, meriah dan menyeluruh, sekali gus mengangkat kepelbagaian seni etnik sebagai tarikan utama sambutan Tahun Baharu 2026 di bandar raya ini.

Festival yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu bakal berlangsung selama lima hari, bermula 31 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026, bertempat di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dan kawasan parkir bersebelahan.

Pengerusi MAF’25 yang juga Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, Mohd. Hafidz Rohani, berkata penganjuran tahun ini menampilkan konsep lebih segar selari dengan tema ‘Identiti Kita, Sarawak Kita’, yang memberi fokus terhadap manifestasi seni daripada pelbagai etnik dan budaya tempatan.

“MAF’25 akan menjadi acara kemuncak sambutan Tahun Baharu 2026 di Miri, memperlihatkan kreativiti dan kepelbagaian seni pengkarya Sarawak. Kami mahu festival ini menjadi pentas utama mempersembahkan identiti seni Borneo,” katanya.

Festival itu menampilkan lima segmen utama iaitu Seni Visual/Tampak, Seni Persembahan, Pasar Seni, Bicara Seni serta Pertandingan Seni, yang memberi ruang luas kepada penggiat seni memperlihatkan bakat masing-masing.

Diasaskan pada 2024, festival ini dianjurkan DUBS Miri dengan kolaborasi AX Events serta kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Perbadanan Pelancongan Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri.

Pengasas MAF, Azeez Salleh, berkata penganjuran tersebut menjadi platform kukuh merapatkan hubungan antara komuniti, pihak swasta dan kerajaan dalam memperkasa ekosistem seni di wilayah utara Sarawak.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan jaringan penggiat seni, malah memacu pembangunan bakat baharu dalam seni tempatan,” ujarnya.

MAF’25 turut berperanan memperkaya sektor pelancongan budaya negeri dengan mengetengahkan seni Borneo ke peringkat nasional dan antarabangsa, selain menyokong pengkarya muda tempatan.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan sendiri keindahan seni, warisan budaya serta kreativiti anak-anak Sarawak sepanjang lima hari penganjuran festival ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi Miri Arts Festival di Instagram, Facebook dan TikTok.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Masyarakat di kawasan luar bandar disaran lakukan saringan kesihatan sekali setahun 
Next: RM750,000 untuk laksana enam projek RTP di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.