Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM lancar SPINE, perkukuh integriti dan governans sektor awam
  • NASIONAL

PM lancar SPINE, perkukuh integriti dan governans sektor awam

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Hari ini. Turut kelihatan Menteri Komunikasi Datuk fahmi Fadzil (tiga,kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (tiga,kiri) Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul azri Abu Bakar (dua,kiri) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki (kiri). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) sempena Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Dilancarkan bersempena dengan program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung dari 5-7 Disember, SPINE merupakan inisiatif strategik baharu Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi memperkukuh ekosistem integriti, memantapkan tadbir urus serta memerangi rasuah dalam sektor awam.

Dibangunkan IIM sebagai alternatif komprehensif kepada MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), SPINE dirangka bagi memenuhi keperluan semasa pentadbiran awam.

“Melalui konsep Integrity Health Check, SPINE menilai tahap kesihatan organisasi secara penilaian kendiri dalam aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah, serta mengemukakan langkah penambahbaikan berasaskan data,” menurut kenyataan IIM hari ini.

Sebagai institusi peneraju agenda integriti negara di bawah Jabatan Perdana Menteri, IIM mempastikan dasar, amalan dan pembudayaan integriti Kerajaan MADANI dilaksana secara menyeluruh melalui pendidikan, pembangunan sistem, penilaian risiko dan pemantauan prestasi integriti organisasi.

Pelaksanaan SPINE menggariskan pendekatan menyeluruh termasuk mengenal pasti jurang kelemahan, pelaksanaan intervensi pembetulan, penilaian semula dan pemberian pengiktirafan kepada organisasi yang menunjukkan prestasi unggul dalam pematuhan integriti.

Inisiatif ini turut diselaraskan dengan dasar strategik Kerajaan seperti Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance), Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan Artikel 5(2) Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC).

Sebagai ahli UNCAC, SPINE merupakan langkah konkrit negara dalam mempromosikan amalan pencegahan rasuah yang berkesan, moden dan berskala nasional.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM Datuk Ahmad Ramdzan Daud berkata SPINE menyokong hasrat Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem integriti dan struktur tadbir urus negara, selain meningkatkan ketelusan serta memperkasakan budaya akauntabiliti dalam pentadbiran sektor awam.

“Selepas dua dekad berkhidmat, IIM kekal komited memperkukuh nilai integriti di dalam dan luar negara,” katanya.

Majlis pelancaran turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Sepanjang program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, IIM turut membuka reruai K05 bersama kementerian dan agensi kerajaan lain.

 Pelbagai aktiviti interaktif disediakan seperti permainan Kahoot Integriti, Teka Silang Kata Integriti, Individual Integrity Profile (IIP), Wheel of Fortune serta pertandingan Kata-kata Integriti, bagi meningkatkan kesedaran integriti melalui pendekatan kreatif dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai SPINE dan penglibatan IIM, orang ramai boleh melayari saluran media sosial dan laman web rasmi IIM di www.iim.gov.my. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemergian Bung Moktar: Sedih namun anak lelaki arwah bersyukur urusan pengebumian bapa lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.