Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bung Moktar sangat baik, lembut dengan masyarakat dan keluarga – Shaheizy Sam
  • NASIONAL

Bung Moktar sangat baik, lembut dengan masyarakat dan keluarga – Shaheizy Sam

Utusan Sarawak 2 hours ago

KOTA KINABALU: Pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai individu yang sangat baik kepada masyarakat setempat dan keluarga. 

Shaheizy Sam berkata personaliti Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa bersama-sama keluarga dan penduduk di kawasan diwakilinya amat berbeza daripada sikap agresif serta lantang yang sering ditonjolkan di Parlimen.

“Kalau di rumah beliau sangat berbeza. Hendak mendengar beliau meninggi suara atau marah memang tidak pernah. Beliau sangat lembut dengan anak.

“Bila bekerja di Parlimen, beliau orang yang berbeza. Setiap kali balik kawasan, beliau tidak pernah berkata tidak boleh jika ada yang hendak berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Shaheizy Sam memaklumkan mereka sekeluarga mengetahui kesihatan Allahyarham semakin merosot semalam, sebelum kakaknya Datin Seri Zizie Izzate memaklumkan berita pemergian suami pada awal pagi tadi.

Shaheizy Sam berkata menjadi kelazimannya untuk membantu kempen abang iparnya setiap kali pilihan raya dan Allahyarham kelihatan kurang sihat sejak tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini. 

“Masa hari terakhir berkempen, beliau nampak tak ada tenaga dan penat, tidak seperti dulu,” katanya.

Shaheizy Sam berkata Allahyarham sering menasihatkannya sentiasa mengutamakan ibu jika ingin berjaya.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang dan solat jenazah dilakukan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini selepas solat Jumaat.

Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November.- Bernama

Continue Reading

Previous: Zizie Izette kongsi sisi murni arwah suami
Next: Sultan Pahang Tengku Ampuan ucapan takziah atas pemergian Bung Moktar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.