Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bung Moktar meninggal dunia
  • NASIONAL

Bung Moktar meninggal dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago

Datuk Seri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini.

Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu Bung Moktar, 66, dimasukkan ke hospital itu dan menerima lawatan antaranya daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal. 

Dilahirkan pada 15 Sept 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiga rakyat Malaysia terjejas banjir di Sumatera disahkan selamat, dua masih hilang
Next: Sabah berduka pemergian Bung Moktar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.