Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terima kasih Premier Sarawak, SJA hargai pengumuman insentif RM700 pengamal media
  • TEMPATAN

Terima kasih Premier Sarawak, SJA hargai pengumuman insentif RM700 pengamal media

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERSATUAN Wartawan Sibu.

SIBU: Persatuan Wartawan Sibu (SJA) merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pengumuman pemberian insentif sekali bayaran RM700 kepada pengamal media swasta yang berdaftar dengan persatuan media di Sarawak.

Pengerusinya, Florence Nervyn berkata, pengumuman tersebut jelas menunjukkan pengiktirafan kerajaan Sarawak terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, seimbang dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja memberi suntikan semangat kepada warga media, malah mengiktiraf sumbangan signifikan mereka dalam memperkukuhkan landskap media di Sarawak.

“SJA turut bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan penyaluran insentif ini dilaksanakan secara teratur, cekap dan sampai kepada semua penerima yang layak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, SJA amat menghargai sokongan berterusan kerajaan Sarawak terhadap pengamal media dan komited untuk terus memainkan peranan dalam memperkukuh industri media yang profesional, berintegriti dan berdaya saing.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UNIFOR agih RM40.5 juta Fasa 3, 150 projek masih gagal hantar laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.