Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Semua rakyat Malaysia terkandas di Sumatera disahkan selamat
  • SEMASA

Semua rakyat Malaysia terkandas di Sumatera disahkan selamat

Utusan Sarawak 3 hours ago
RUMAH kediaman yang rosak akibat banjir kilat di Meureudu, daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh, Indonesia, hari ini. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan terkandas di beberapa kawasan banjir di Sibolga, Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain di Sumatera, Indonesia telah berjaya dihubungi dan disahkan selamat.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dalam satu hantaran di laman sosial Facebook pada Jumaat memaklumkan bahawa bantuan konsular sewajarnya akan diteruskan kepada rakyat negara ini yang terkesan akibat bencana itu.

“Konsulat Jeneral juga telah mengadakan lawatan konsular ke atas 135 pelajar Malaysia di Medan yang terjejas akibat banjir bagi meninjau kebajikan mereka dan mengagihkan bantuan makanan,” menurut kenyataan itu.

Warganegara Malaysia yang berhajat untuk berkunjung ke kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta menyemak status perjalanan dan tahap keselamatan dengan pihak ejen pelancongan atau pihak berkaitan sebelum melakukan perjalanan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk segera menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menerusi talian telefon: +62 823-6164-6046 (24 jam) atau menerusi e-mel: mwmedan@kln.gov.my” katanya.

Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, situasi semasa di kawasan yang dilaporkan terjejas mulai beransur pulih dan aktiviti masyarakat setempat khususnya di Kota Medan kembali normal.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perbincangan Perjanjian Air 1962 masih berjalan – Menteri Luar Singapura
Next: Banjir: Penduduk buat siaran langsung TikTok hilangkan resah, berkongsi maklumat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.