Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak perluas usaha kredit karbon, buka peluang kepada komuniti luar bandar
  • SEMASA

DUN: Sarawak perluas usaha kredit karbon, buka peluang kepada komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Len Talif Salleh pada sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh agenda ekonomi hijau susulan Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) di Dubai, melalui pelaksanaan peraturan baharu serta perluasan projek kredit karbon, termasuk membuka peluang kepada komuniti luar bandar untuk menjana manfaat ekonomi secara mampan.

Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datuk Len Talif Salleh berkata inisiatif karbon negeri telah diperkasakan melalui penggubalan Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Kaca) 2023 serta Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022, yang mewajibkan semua projek mematuhi standard karbon antarabangsa seperti Verra dan Gold Standard bagi memastikan integriti, ketelusan dan keberkesanan pelaksanaannya.

“COP28 turut menekankan kerjasama antarabangsa di bawah Artikel 6 bagi mengurangkan pelepasan karbon melalui Nature-based Solutions (NbS) seperti penanaman semula hutan dan inisiatif kredit karbon, pendekatan yang kini selari dengan hala tuju Sarawak.

“Sejajar penguatkuasaan ordinan dan peraturan tersebut, sebanyak sembilan Permit Kajian Karbon Hutan meliputi 231,983 hektar telah dikeluarkan, manakala tujuh permohonan baharu sedang dipertimbangkan. Selain itu, satu Lesen Karbon Hutan berkeluasan 25,675 hektar telah diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Len Talif berkata inisiatif itu juga membuka peluang penyertaan kepada komuniti luar bandar, termasuk pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diwartakan, untuk memohon Permit Kajian Karbon Hutan serta Lesen Karbon Hutan sekiranya memenuhi keperluan ordinan dan peraturan berkaitan.

Selain itu, beliau berkata pemaju projek akan menyediakan pelbagai latihan dan program pembangunan kapasiti untuk komuniti bagi menyokong pengurusan projek karbon dan penanaman semula hutan.

“Antaranya termasuk latihan teknik penanaman semula hutan, pengurusan nurseri anak pokok, pemantauan dan rondaan kawasan projek, pengurusan sumber hutan secara mampan serta latihan inventori biomas. 

Program ini turut membolehkan komuniti meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam pengurusan projek karbon, sekali gus memperkukuh penglibatan mereka dalam usaha pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: SPR sediakan SOP hadapi kemungkinan bencana ekoran cuaca tidak tentu
Next: DUN: Sarawak rancang sistem meter prabayar, pelanggan dapat kawal penggunaan elektrik sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.