Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS anjur sambutan Krismas 2025 ‘A Christmas in Borneo’ di Dataran Tun Tuanku Bujang
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS anjur sambutan Krismas 2025 ‘A Christmas in Borneo’ di Dataran Tun Tuanku Bujang

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Wee (duduk, tengah) bersama ahli majlis MPS menunjukkan poster acara ‘A Christmas In Borneo.’

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan sambutan Krismas 2025 bertemakan ‘A Christmas in Borneo’ di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 dan 2 pada 12 hingga 31 Disember ini.

Menurut pengerusi penganjur, Kaunselor Simon Wee berkata, penganjuran program tersebut adalah untuk memupuk semangat komuniti, menggalakkan keharmonian budaya serta mencipta suasana perayaan ceria dalam kalangan orang ramai.

“Acara ini bertujuan menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang untuk meraikan musim kebaikan, mengukuhkan hubungan sosial dan meningkatkan keterampilan bandar melalui dekorasi kreatif, persembahan serta aktiviti interaktif,” katanya pada sidang media, semalam.

Acara ini turut dianjurkan dengan kerjasama I-Concept Event Agency, Kingdom Music Academy, Gereja St. John’s Anglican, Gereja Methodist Zion, BEM Hosanna, Gereja Methodist Iban, Roman Catholic Diocese of Sibu, Bethel Bread of Life Christian Fellowship Sibu dan Gereja Methodist (Sibu West District).

Wee berkata, sambutan tersebut turut menampilkan pertandingan hiasan Pokok Krismas.

“Sebanyak enam pokok Krismas akan dihias dengan upacara perasmian dan penyalaan lampu dijadualkan berlangsung pada 12 Disember, 7.00 malam di Gerbang Krismas di Dataran Tun Tuanku Bujang, Fasa 1,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga kebersihan sepanjang kawasan acara ‘A Christmas In Borneo.’

Katanya, Bahagian Kesihatan Awam dan Penguatkuasaan MPS akan memantau lokasi dan tindakan denda boleh dikenakan kepada individu yang gagal mematuhi peraturan kebersihan.

“Semua pengunjung diingatkan untuk memainkan peranan dalam memastikan kawasan ‘A Christmas in Borneo’ sentiasa bersih dan teratur. 

“Pemeriksaan berkala akan dijalankan dan tindakan penguatkuasaan termasuk denda akan dikenakan terhadap mereka yang membuang sampah merata-rata atau melanggar peraturan kebersihan acara,” tegasnya.

Wee turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan secara haram bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kemungkinan dikenakan denda.

“Kami mengharapkan acara ini berjaya dan dapat menyambut kehadiran lebih ramai pengunjung berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

“Jangan lupa tandakan dalam kalendar anda dan sertailah kami dalam sambutan Krismas tahun ini,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan alternatif Sungai Nyiar akan dibina bawah peruntukan RTP – ADUN Kalaka
Next: Lebih 200 veteran Sarawak hadiri upacara Hari Pahlawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.