Najib bayar denda RM50 juta

Facebook
WhatsApp
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR, 6 November: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30  pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran tersebut dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran itu dimuktamadkan.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September lepas, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata Najib perlu menjelaskan denda berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes itu difailkan dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib berkata pihaknya sedang menyelesaikan proses dokumentasi di kaunter pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi.

“Ya, saya berada di sini untuk menyelesaikan urusan berkaitan proses berkenaan,” katanya dalam satu mesej menerusi WhatsApp kepada pemberita.

Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan menerusi mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman itu pada Disember 2021 dan keputusan itu juga dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir Najib pada 23 Ogos 2022.

Pada hari sama, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Berita lanjut menyusul

Pengalaman berharga melahirkan graduan hebat

KOTA SAMARAHAN, 6 November: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Ke-30 yang melabuhkan tirainya semalam menandakan permulaan lembaran baharu buat