

Mohamad Duri menyantuni warga SK Wong Besi Saratok pada satu majlis makan malam bersempena program lawatan sambil belajar murid asrama sekolah itu di Kuching, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyantuni warga Sekolah Kebangsaan (SK) Wong Besi Saratok pada satu majlis makan malam bersempena program lawatan sambil belajar murid asrama sekolah itu di sini, baru-baru ini.
Beliau bersama rombongan seramai 40 murid dan guru pengiring menikmati jamuan santai di sebuah restoran di Jalan Dagok, sekali gus memberi ruang kepada para pelajar mendekati pemimpin mereka dalam suasana mesra dan terbuka.


Mohamad Duri menyantuni warga SK Wong Besi Saratok pada satu majlis makan malam bersempena program lawatan sambil belajar murid asrama sekolah itu di Kuching, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka
Menurut Mohamad Duri, kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan bagi memastikan murid luar bandar tidak tercicir dan mampu bersaing dengan pelajar di kawasan lain.
Katanya, bantuan seperti biasiswa, sokongan keperluan asas sekolah, program pembangunan pelajar serta inisiatif menaik taraf kemudahan pendidikan merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk memastikan akses pendidikan lebih menyeluruh.
Dalam sesi itu, beliau turut memberi perangsang kepada para pelajar agar memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menimba ilmu pengetahuan, seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga pada masa depan.
“Pendidikan adalah kunci utama untuk mengubah kehidupan. Saya berharap anak-anak kita tidak mensia-siakan peluang ini dan terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya.


Mohamad Duri menyantuni warga SK Wong Besi Saratok pada satu majlis makan malam bersempena program lawatan sambil belajar murid asrama sekolah itu di Kuching, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka
Mohamad Duri turut menyatakan bahawa program lawatan sambil belajar seperti yang dianjurkan ini memberi pendedahan baharu kepada murid luar bandar, selain mengukuhkan semangat mereka untuk terus belajar.
Beliau berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan ke Kuching akan membuka lembaran baharu kepada pelajar SK Wong Besi Saratok dan menyuntik motivasi untuk mereka mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.
Oleh Adi Safarman