Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Milton Foo gesa bantuan segera bagi 16 rakyat Sarawak terkandas di Hatyai
  • SEMASA

Milton Foo gesa bantuan segera bagi 16 rakyat Sarawak terkandas di Hatyai

Utusan Sarawak 6 hours ago
Sekumpulan 16 rakyat Sarawak yang terkandas selama tiga hari di Hatyai, Thailand akibat banjir besar.

KUCHING: Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan segera selepas menerima panggilan kecemasan daripada sekumpulan 16 rakyat Sarawak yang terkandas selama tiga hari di Hatyai, Thailand akibat banjir besar.

Foo berkata beliau dihubungi pagi tadi oleh salah seorang mangsa. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat belas orang dari Kuching dan dua dari Miri. Mereka kini terperangkap di dalam dua bangunan hotel bersebelahan yang mengalami gangguan bekalan air dan elektrik.

“Menurut individu yang menghubungi saya, enam belas rakyat Sarawak itu termasuk warga emas, golongan pertengahan umur dan seorang kanak kanak berusia lima tahun.

“Bekalan makanan dan air minuman mereka hampir habis, dan terdapat kebimbangan mengenai kekurangan ubat ubatan harian yang diperlukan oleh warga emas.

Sekumpulan 16 rakyat Sarawak yang terkandas selama tiga hari di Hatyai, Thailand akibat banjir besar.

“Tiga belas orang menginap di satu hotel manakala tiga lagi berada di bangunan hotel bersebelahan,” katanya.

Foo berkata beliau segera menghubungi Pejabat Cawangan Kementerian Luar Negeri Malaysia di Sarawak dan Konsulat Jeneral Malaysia di Hatyai.

Beliau juga melaporkan perkara tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof melalui Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian bagi meminta operasi menyelamat dilancarkan segera.

“Saya menasihati individu yang meminta bantuan itu supaya bertenang dan mengutamakan keselamatan warga emas dan kanak kanak.

“Saya juga meminta supaya terus berhubung dengan saya sehingga pasukan penyelamat tiba. Disebabkan bateri telefon yang semakin lemah, saya menasihati beliau supaya menghidupkan telefon hanya setiap setengah jam untuk memberi maklumat terkini,” katanya.

Pada masa yang sama, Foo turut menggesa rakyat Sarawak yang terjejas akibat banjir di Hatyai dan memerlukan bantuan supaya menghubunginya di talian 012 8868682.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 44 kes buli dilaporkan di Sarawak dalam tempoh 10 bulan 2025
Next: RUU tubuh lembaga untuk perkukuh tadbir urus, bukan ambil alih jabatan — Datuk Lo Khere Chiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.