Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendidikan digital perlu diperkukuh agar pelajar tidak ketinggalan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendidikan digital perlu diperkukuh agar pelajar tidak ketinggalan

Utusan Sarawak 7 hours ago
UCAPAN…Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berucap pada program Segulai Sejalai bersama Komuniti Merurun bertempat di Rumah Unsan, Nanga Beduie Atas, baru-baru ini. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Penggunaan peranti dan alatan digital dalam bilik darjah kini menjadi keperluan penting bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata penggunaan teknologi tidak hanya membantu guru menyampaikan maklumat dengan lebih interaktif, tetapi juga membantu pelajar memahami pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan.

“Kini perkembangan teknologi digital semakin dilaksanakan di sekolah supaya pelajar kita mahir dalam teknologi.

“Guru-guru mengajar pelajar kita hari ini telah menggunakan peranti digital dan tidak menggunakan tulisan di papan hitam.

TARIAN NGAJAT…. Datuk Larry Sng Wei Shien diiringi dengan tarian ngajat setibanya di Rumah Unsan. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

“Mereka telah mengajar menggunakan tv pintar menggunakan komputer riba dan ipad di dalam kelas untuk pembelajaran pelajar,” katanya.

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata demikian ketika berucap pada program Segulai Sejalai bersama Komuniti Merurun bertempat di Rumah Unsan, Nanga Beduie Atas, baru-baru ini.

Katanya, oleh itu beliau telah lama bersetuju dan sentiasa menyokong pihak sekolah dengan memberikan sumbangan alatan digital untuk PdP.

Larry turut menekankan pentingnya pelajar memahami dan menguasai kecerdasan buatan (AI) memandangkan dunia kini bergerak pesat ke arah automasi dan teknologi pintar.

“Saya berharap sekolah kita mengajar pelajar kita secara digital, belajar dan mahir menggunakan AI.

“Kerana dalam dunia kita masa kini, semuanya tertumpu pada AI dan kita mesti tahu cara menggunakannya seperti ChatGPT.

“Saya harap kita tidak ketinggalan, mesti mengetahui dan mempelajarinya kerana semakin hari dunia semakin membangun terutamanya dalam teknologi moden,” katanya.

Selain itu, Larry menegaskan bahawa penguasaan teknologi bukan sahaja memberi manfaat dalam pembelajaran, malah membuka peluang kepada generasi muda untuk menceburi bidang reka bentuk aplikasi dan perniagaan digital.

“Rebutlah peluang dalam teknologi digital supaya selaras dengan objektif kerajaan untuk melaksanakan digital dalam semua aspek,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei laksana khidmat khas musnah sarang tebuan
Next:
Penyerahan Bakul Kasih Zon Punang dan Bandar Lawas oleh PBB Bukit Sari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.