Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Everton tewaskan United selepas kad merah Gueye
  • SUKAN

Everton tewaskan United selepas kad merah Gueye

Utusan Sarawak 6 hours ago

Idrissa Gueye dari Everton (dua dari kanan) dilayangkan kad merah di Old Trafford selepas berbalas kata dengan rakan sepasukan, Michael Keane. - Foto AFP

MANCHESTER: Everton mengejutkan Old Trafford apabila mereka berjaya menang 1-0 ke atas Manchester United walaupun bermain dengan 10 orang hampir keseluruhan perlawanan.

Idrissa Gueye dibuang padang seawal minit ke-13 selepas menampar wajah rakan sepasukan sendiri, Michael Keane, dalam satu insiden tegang yang dianggap sebagai ‘detik tindakan tidak waras’.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford cuba menenangkan rakan sepasukannya Idrissa Gueye yang dibuang padang pada minit ke-13. – Foto AFP

Walaupun United mengawal permainan dan mencatat 25 percubaan, mereka gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain. 

Sebaliknya, Everton yang tinggal 10 pemain memperoleh gol kemenangan pada minit ke-29 melalui jaringan cantik Kiernan Dewsbury-Hall, yang melepasi Bruno Fernandes dan Leny Yoro sebelum merembat masuk ke penjuru atas gol.

United tanpa penyerang Benjamin Sesko dan Matheus Cunha kelihatan tumpul di depan gol. 

Beberapa pertukaran dibuat oleh Ruben Amorim tetapi masih tidak mampu mencari penyudah.

Jordan Pickford menjadi wira Everton dengan beberapa aksi penting, termasuk menangkis tandukan Joshua Zirkzee.

Kemenangan ini merupakan yang pertama untuk David Moyes di Old Trafford sebagai pengurus pasukan lawan selepas 18 percubaan.

Gueye kemudiannya memohon maaf di bilik persalinan atas tindakan tersebut. 

Insiden itu menjadikannya pemain pertama Liga Perdana sejak 2008 yang dibuang padang kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sendiri.

Amorim pula kecewa dengan prestasi pasukannya, menyifatkan United kurang intensiti dari awal permainan. – AFP

Continue Reading

Previous: Top Speed Aquatic Miri rai perenang terbaik dalam majlis makan malam tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.