SEBUYAU: Penduduk Kampung Ketimbong diharapkan untuk memanfaatkan pembangunan yang telah diusahakan oleh Kerajaan Sarawak itu demi kesejahteraan bersama.
Menteri Muda Insftrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata pelbagai projek telah siap dibina bagi kemudahan penduduk.
“Gelanggang Futsal telah dibina dengan peruntukan RM130,000.00 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
“Manakala, jalan raya yang telah siap menuju ke Kampung Ketimbong telah dibina dengan peruntukan RM200,000.00 memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Kampung Ketimbong, Sebuyau semalam.
Disamping itu beliau telah meluluskan peruntukan untuk aktiviti sampingan kepada JKKK Kampung sebanyak RM5,000.00 dan sebanyak RM5,000.00 kepada Biro Wanita kampung.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad, Ketua Masyarakat, Tuai Rumah Unga ak Jamit selaku tuan rumah hadir sama, ketua-ketua Kaum dan penduduk setempat.
Terdahulu, perlawanan akhir futsal diantara Veteran Kampung Ketimbung (GPS Tim) dan Kampung Kelait diadakan bersempena perasmian Gelanggang futsal tersebut.
Oleh Alexandra Lorna