Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TH jelaskan kadar penolakan tawaran haji 50 peratus merujuk musim lepas
  • SEMASA

TH jelaskan kadar penolakan tawaran haji 50 peratus merujuk musim lepas

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menjelaskan bahawa laporan mengenai kadar penolakan tawaran haji sebanyak 50 peratus merujuk kepada data musim haji 1446H/2025M, dan bukan musim haji akan datang.

TH dalam kenyataan memaklumkan analisis terhadap penolakan tawaran pada musim 1446H/2025M mendapati faktor utama adalah simpanan pendeposit yang tidak mencukupi untuk melayakkan mereka menerima tawaran berkenaan.

Bagi menghadapi musim haji 1447H/2026M, TH telah mempergiat peringatan berkala sejak Ogos lepas bagi memastikan bakal jemaah membuat persediaan menyeluruh dari segi kewangan, kesihatan, dan ilmu pengetahuan.

Langkah proaktif ini, sebahagian daripada inisiatif peremajaan jenama TH, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif.

“Kadar penolakan tawaran haji bagi musim 1447H/2026M didapati lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya hasil peringatan awal dan kempen simpanan berterusan,” menurut kenyataan itu. 

TH menegaskan setiap bakal jemaah perlu mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH untuk melayakkan mereka menerima tawaran haji atau mengemukakan rayuan.

TH turut memaklumkan bahawa tawaran haji kepada jemaah bagi musim 1447H/2026M sedang dikeluarkan secara berperingkat ketika ini, sambil menggalakkan bakal jemaah menyimpan secara berkala serta menjaga kesihatan bagi melengkapkan rukun Islam kelima.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata penolakan tawaran haji bagi musim lepas mencecah 50 peratus, dengan faktor kewangan menjadi punca utama.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri bangkitkan isu pembangunan lapangan terbang, subsidi tiket dan kelewatan penerbangan
Next: Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.