Jalan sekitar Dewan Suarah Sarikei ditutup enam jam pada 28 November

Facebook
WhatsApp
AMBIL PERHATIAN... Notis penutupan sementara jalan di sekitar Dewan Suarah Sarikei bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang pada 28 November ini sempena hari penamaan calon DUN Repok.

SARIKEI, 24 November: Beberapa laluan di sekitar Dewan Suarah Sarikei akan ditutup sementara selama enam jam pada Sabtu ini sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Pejabat Daerah Sarikei menerusi notis hari ini memaklumkan bahawa penutupan jalan tersebut akan dilaksanakan bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang pada 28 November ini.

Pengguna jalan raya yang mempunyai urusan di sekitar pusat bandar Sarikei pada hari tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan gangguan perjalanan.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai penutupan tersebut, mematuhi papan tanda arahan dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan,” katanya.

Berdasarkan peta lokasi yang disertakan dalam notis hebahan tersebut, lima titik penutupan jalan dikenal pasti di sekitar Dewan Suarah Sarikei, termasuk laluan di Jalan Sentral dan persimpangan berhampiran Jalan Repok.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan yang terlibat sepanjang tempoh penutupan bagi membantu kelancaran aliran trafik.

Mereka yang perlu melalui kawasan tersebut hendaklah menggunakan laluan alternatif dan memberikan kerjasama kepada petugas trafik yang mengawal pergerakan kenderaan.

Pejabat Daerah Sarikei turut meminta orang ramai supaya menyebarluaskan notis penutupan jalan tersebut bagi memastikan maklumat itu sampai kepada semua pihak yang berkaitan.

“Mohon jasa baik semua untuk berkongsi hebahan ini bagi memastikan maklumat sampai kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk peta lokasi penutupan jalan yang disertakan dalam poster hebahan Pejabat Daerah Sarikei sebagai panduan sebelum memulakan perjalanan.

Pejabat Daerah Sarikei turut merakamkan penghargaan atas perhatian dan kerjasama pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan penutupan sementara tersebut.

“Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek