Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jurutera di Sibu ditipu pelaburan atas talian, RM247,000 lesap
  • JENAYAH

Jurutera di Sibu ditipu pelaburan atas talian, RM247,000 lesap

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang jurutera mengalami kerugian RM247,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud atas talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 1 September lalu, lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20an itu telah melihat iklan pelaburan di laman Facebook menggunakan nama ‘moomoo malaysia’. 

“Mangsa menekan pautan iklan kemudiannya menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada beberapa nombor, sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp bernama ‘new dream voyage 5’ yang memberikan penerangan berkaitan pelaburan saham,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, mangsa telah diminta memuat turun aplikasi ‘whg roup’, yang mendakwa kononnya mempunyai kaitan dengan Syarikat Windsor Heritage Capital dan Nexi Speak Global. 

“Sepanjang urusan pelaburan tersebut, mangsa tidak diberikan sebarang dokumen rasmi atau perjanjian bertulis, sebaliknya hanya menerima maklumat melalui aplikasi Whatsapp,” ujarnya.

Katanya, dari 20 Oktober hingga 9 November lalu, mangsa telah membuat sebanyak 15 transaksi ke satu akaun tempatan yang melibatkan jumlah keseluruhan RM247,000.

“Mangsa hanya menerima satu pulangan pelaburan berjumlah RM28,000 untuk meyakinkannya supaya terus membuat bayaran dan setelah pemindahan wang berjaya dibuat, mangsa tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan seperti dijanjikan. 

“Malah, diminta menambah lagi pelaburan sebanyak RM250,000 mangsa berasa curiga dan menyedari dirinya telah ditipu, lalu tampil membuat laporan polis. Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis perhebat operasi tangkapan pengedar dadah di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.