Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Press Metal catat keuntungan RM563.3 juta bagi suku ketiga
  • TEMPATAN

Press Metal catat keuntungan RM563.3 juta bagi suku ketiga

Utusan Sarawak 9 hours ago
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.

Menurut pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara itu, keuntungan yang meningkat seiring dengan harga logam yang lebih baik, jumlah jualan yang lebih tinggi dan kos bahan yang rendah pada sepanjang suku berkenaan.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan turut meningkat 7.9 peratus kepada RM4.08 bilion daripada RM3.78 bilion sebelumnya berikutan harga logam direalisasi yang lebih tinggi dan peningkatan jumlah jualan.

Bagi tempoh kewangan sembilan bulan, keuntungan bersih Press Metal Aluminium menokok kepada RM1.51 bilion daripada RM1.32 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan meningkat kepada RM12.16 bilion daripada RM11.35 bilion sebelumnya.

Mengenai prospek, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Paul Koon dalam kenyataan berkata ketidaktentuan makro global, perubahan dasar perdagangan dan ketegangan geopolitik yang berterusan terus memberi tekanan kepada sentimen pasaran, menjadikan prospek jangka pendek lebih berhati-hati.

“Bagaimanapun, permintaan struktur daripada sektor hijau seperti kenderaan elektrik, infrastruktur solar, pelaburan grid serta elektronik pengguna terus menyokong penggunaan aluminium dalam jangka panjang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pasaran yang terhad disebabkan kekangan kapasiti dan ketidakseimbangan bekalan serantau memberi sokongan kepada harga aluminium, dengan premium meningkat di pasaran tertentu berikutan langkah tarif dan perubahan dalam aliran logam serantau.

“Kumpulan terus mengekalkan bahagian pasaran dengan berkesan di destinasi eksport utama, memastikan pengeluaran produknya stabil,” katanya.

Koon berkata dari sudut positif, kos input menyederhana, dengan harga alumina dalam tekanan menurun apabila kapasiti loji pemprosesan alumina baru mula beroperasi, membantu meningkatkan daya saing kos dan menyokong daya tahan margin pada masa hadapan.

Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, kumpulan itu menjangka mencapai prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025.

Lembaga pengarah telah meluluskan dividen interim ketiga sebanyak 2.0 sen sesaham (suku ketiga 2024: 1.75 sen), dengan jumlah pembayaran keseluruhan RM164.80 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025.

Tarikh penutupan buku dan pembayaran bagi dividen terkini, masing-masing pada 8 Disember dan 24 Disember 2025.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal sistem digital sepenuhnya EFS mulai 1 Januari 2026
Next: EFS 2.0 diperkenal, penyertaan anak Sarawak capai 85 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.