Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak lengkapi aspirasi ARPA melalui transformasi pentadbiran digital
  • SEMASA

Sarawak lengkapi aspirasi ARPA melalui transformasi pentadbiran digital

Utusan Sarawak 7 hours ago
JELASKAN… Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak melengkapi aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui pelaksanaan transformasi pentadbiran yang lebih tangkas, tersusun dan berteraskan digital selaras dengan keperluan pentadbiran moden negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata usaha itu dizahirkan melalui pengukuhan penggunaan teknologi merentas jabatan, pembinaan kepimpinan tempatan yang kompeten serta penyediaan struktur pentadbiran negeri yang lebih dinamik di bawah Jabatan Premier Sarawak.

“Transformasi tersebut menjadikan Sarawak rakan pelaksana penting kepada Persekutuan dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kerajaan, sekali gus memastikan dasar dan pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih cekap dan responsif,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan ARPA yang dilancar pada September 2024 berperanan memperkukuh jentera pentadbiran negara melalui lima fokus utama, nilai dan tadbir urus, pembangunan modal insan, organisasi dinamik, peningkatan kualiti perkhidmatan serta kerjasama awam dan swasta.

Beliau berkata ARPA turut memacu Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), penggunaan kecerdasan buatan serta penggubalan undang-undang baharu seperti Akta ILTIZAM bagi memastikan sistem pentadbiran negara kekal efisien dan berdaya saing.

“Setakat ini, RKB telah mendaftarkan 1,007 projek di seluruh negara, dengan 141 projek berjaya disiapkan, menghasilkan penjimatan kos peraturan sebanyak RM1.4 bilion serta mempercepatkan proses kerja di pelbagai peringkat,” katanya.

Melalui pencapaian itu, katanya, Malaysia terus menunjukkan kedudukan kukuh dalam penilaian antarabangsa, termasuk berada di tangga ke-40 daripada 120 negara dalam Indeks Pentadbiran Awam Blavatnik 2024, selain naik ke tangga ke-23 daripada 69 ekonomi dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2025, yang merupakan rekod terbaik sejak 2020.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen kerajaan Sarawak yang menjadi antara negeri terawal melaksanakan pelan tindakan Deklarasi Kuala Lumpur 2024 bagi mempercepatkan digitalisasi kerajaan, memperkukuh integriti, menstruktur semula sistem sumber manusia dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Beliau berkata penyelarasan antara Malaysia MADANI dan visi Sarawak Maju Makmur menjadikan pentadbiran negeri berada pada landasan yang sama dengan agenda nasional yang menekankan kemampanan, kesejahteraan rakyat, inovasi serta tatakelola yang berintegriti.

Menurutnya, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), negeri ini turut menikmati pelbagai inisiatif strategik termasuk pembangunan lapangan terbang, sambung tara grid elektrik, tebatan banjir bandar raya Kuching dan penyambungan rangkaian jalan baharu bagi mengukuhkan kesiapsiagaan ekonomi masa depan.

Mengulas aspek digitalisasi perkhidmatan, beliau berkata usaha memperkasa model pentadbiran sehenti melalui Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kiosk Sentuhan MADANI serta penggunaan aplikasi digital di Sarawak membuktikan penyampaian perkhidmatan kini lebih mudah, pantas dan inklusif kepada rakyat.

“Dalam dunia yang serba dinamik dan mencabar, reformasi bukan lagi pilihan, tetapi keperluan,” tegasnya sambil menggesa seluruh penjawat awam agar terus mengutamakan integriti, disiplin dan tanggungjawab demi memastikan pentadbiran negara berada pada tahap terbaik.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak capai 59.4 peratus, pacu kecekapan pentadbiran negeri
Next: PDRM longgarkan syarat lantikan bagi bukan Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.