Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru di Indonesia meletus
  • GLOBAL

Gunung Semeru di Indonesia meletus

Utusan Sarawak 4 hours ago
Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di Indonesia dan antara yang paling aktif, meletus pada petang tadi dengan memuntahkan kepulan abu tebal tinggi di ruang udara Jawa Timur serta mencetuskan aliran piroklas yang bergerak pantas sejauh beberapa kilometer menuruni lerengnya. Foto AGENSI

JAKARTA: Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di Indonesia dan antara yang paling aktif, meletus pada petang tadi dengan memuntahkan kepulan abu tebal tinggi di ruang udara Jawa Timur serta mencetuskan aliran piroklas yang bergerak pantas sejauh beberapa kilometer menuruni lerengnya, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Letusan itu bermula sekitar 4.00 petang (0900 GMT), menurut laporan bertulis Mukdas Sofian, seorang pegawai di pos pemantauan gunung berapi Indonesia.

Kepulan awan mengandungi abu itu menjulang kira-kira 2,000 meter ke udara, mencapai ketinggian sekitar 5,676 meter dari paras laut.

“Aliran piroklastik masih berlaku, dengan jarak aliran mencapai tujuh kilometer dari puncak, dan letusan masih berterusan ketika laporan ini disediakan,” kata Sofian.

Gunung Semeru, terletak di kawasan padat penduduk di Jawa, merupakan puncak tertinggi di Indonesia pada ketinggian 3,676 meter dan berada dalam Lingkaran Api Pasifik, zon seismik aktif yang sering mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi.

-BERNAMA-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Uwan: Jumlah kematian di Filipina meningkat kepada 33, lebih 7.5 juta terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.