Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat melanda Lorong Penyau 3 setiap kali hujan
  • Selatan
  • WILAYAH

Banjir kilat melanda Lorong Penyau 3 setiap kali hujan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MILTON Foo bersama salah seorang penduduk menuju ke lokasi banjir.

KUCHING: Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo, menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian banjir kilat yang melanda Lorong Penyau 3 pada petang semalam, sambil menyifatkan situasi itu sebagai sangat serius dan memerlukan perhatian segera.

“Ia memang sangat serius. Hanya hujan sederhana dalam tempoh singkat pun boleh menyebabkan banjir kilat seperti itu. Apa akan berlaku jika hujan lebih lebat dan berpanjangan?” katanya.

Foo berkata beliau menerima aduan sekitar 6.30 petang daripada seorang penduduk di Lorong Penyau 3 dan kawasan itu sememangnya mudah dilanda banjir kilat sejak bertahun-tahun pada musim hujan lebat.

KERJA pembinaan ART berhampiran kawasan tersebut.

Beliau berkata beliau akan membawa perkara itu kepada kontraktor KUTS untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Selepas menerima aduan tersebut, saya terus menjalankan pemeriksaan tapak bersama penduduk di lokasi projek pembinaan KUTS berhampiran Jalan Tun Razak yang menyebabkan banjir kilat di Lorong Penyau 3 petang semalam,” katanya.

Foo menambah bahawa beliau akan mengatur satu sesi dialog untuk penduduk terjejas bersama pihak berkuasa berkaitan dan kontraktor dalam masa terdekat.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Statistik jenayah Daerah Meradong menurun 28 peratus
Next: Penduduk bimbang dengan risiko banjir musim hujan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.