
MARUDI: Sebanyak lima kawasan di Daerah Telang Usan, yang melibatkan 832 penduduk, terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan.
Sekretariat Jawatankuasa Daerah Telang Usan yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata kawasan terlibat ialah Kampung Long Bemang, yang mana 548 penduduk daripada 103 pintu rumah dinaiki air setinggi 1.6 kaki, dan paras air terus meningkat.

Sementara itu, di SK Long Bemang, paras air telah mencapai 2.1 kaki, menjejaskan 131 kakitangan, dan keadaan dijangka terus bertambah buruk.
Kampung Long Watt, yang menempatkan 126 penduduk daripada 46 pintu rumah, mencatatkan paras air setinggi tiga kaki, namun keadaan air di kampung tersebut dilaporkan semakin menurun.
Di SK Long Watt, yang mempunyai 23 kakitangan, paras air mencatatkan 0.9 inci dan keadaan air dilaporkan menurun, manakala di Klinik Kesihatan Long Bemang, paras air berada antara 5 hingga 10 meter, menjejaskan empat kakitangan klinik tersebut.
Oleh Jiku Juguong