Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Betong laksana Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan PERKEP
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Betong laksana Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan PERKEP

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAJLIS Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Polis Daerah Betong dan Pengerusi PERKEP IPD Betong di Dewan Serbaguna IPD Betong, hari ini. Foto: IPD Betong

BETONG: Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Polis Daerah Betong dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Betong, hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, serta Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak.

Dalam upacara berkenaan, bekas Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong, menyerahkan tugas secara rasmi kepada ASP Entali Jingan, yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selaku Ketua Cawangan Khas Daerah. Serahan tugas disempurnakan melalui sesi menandatangani dokumen serah tugas yang disaksikan oleh DCP Saifullizan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan tugas Pengerusi PERKEP IPD Betong, apabila Irene Mili menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pengganti baharu, Jessica Matthew Lumpur. Upacara berkenaan disaksikan oleh Faisha Ishak.

Rejali turut menyampaikan amanat perpisahan sebelum ucapan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang merakamkan ucapan tahniah atas kenaikan pangkat beliau kepada Superintenden.

Turut diadakan ialah penyampaian cenderahati antara kepimpinan lama dan baharu IPD Betong serta antara PERKEP Daerah dan PERKEP Kontinjen Sarawak, sebelum majlis ditutup dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat.

Seusai majlis, DCP Saifullizan menghadiri sesi taklimat operasi bersama ketua-ketua bahagian di Bilik Mesyuarat Pusat Kawalan Daerah serta membuat lawatan ke Rumah PERKEP, sebelum diakhiri dengan jamuan tengah hari.

Turut hadir, ketua-ketua jabatan IPK Sarawak, pegawai kanan polis, anggota polis, pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Betong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Go Green Heroes MDLA 2025 semarak kesedaran alam sekitar di SK Nanga Tibu
Next: KMKK Bahagian Betong perkukuh kepimpinan komuniti melalui lantikan strategik 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.