Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jerman ‘hantar mesej’, belasah Slovakia untuk layak ke Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Jerman ‘hantar mesej’, belasah Slovakia untuk layak ke Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago

Nick Woltemade melonjak tinggi untuk menjaringkan gol pendahuluan Jerman menentang Slovakia. Foto AFP

LEIPZIG, (Jerman): Kapten Jerman, Joshua Kimmich, berkata pasukannya ‘mahu menghantar mesej’ selepas membelasah Slovakia 6-0 di Leipzig awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke Piala Dunia 2026.

Leroy Sane menjaringkan dua gol, sementara Nick Woltemade meneruskan rekod cemerlangnya dengan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Kemenangan itu meletakkan Jerman di tangga teratas Kumpulan A dan layak ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Slovakia pula menamatkan saingan di tempat kedua dan perlu melalui play-off.

“Semua orang mahu menghantar mesej hari ini. Semua tahu apa yang dipertaruhkan,” kata Kimmich kepada ZDF. “Di Jerman, kita tidak biasa berdepan kesukaran untuk layak — sebab itu saya sangat gembira dengan cara kami bermain.”

Jerman, yang sebelum ini bergelut menewaskan pasukan bukan pilihan, mendahului 4-0 pada separuh masa di Leipzig.

Woltemade membuka jaringan pada minit ke-18, sebelum Serge Gnabry menggandakan kedudukan 11 minit kemudian. 

Pemain tengah Liverpool, Florian Wirtz, kemudian menyerlah, mencipta dua assist untuk dua gol Sane dalam masa lima minit.

Ridle Baku dan pemain debut, Assan Ouedraogo, menambah dua gol lagi pada babak kedua.

“Kami rasa lega. Ia detik hebat,” kata Woltemade. “Saya bermain, saya menjaringkan gol dan saya berharap dapat ke Piala Dunia.”

“Persembahan ini menunjukkan kualiti pasukan kami. Satu keseronokan,” tambah penyerang berusia 23 tahun itu.

Kemenangan itu juga memastikan Jerman mendapat ‘seeding’ tinggi, mengelakkan pertemuan awal dengan pasukan gergasi lain.

“Setiap pemain bermain dengan baik dan bekerja keras,” kata jurulatih Julian Nagelsmann.

“Kami menunjukkan semangat berpasukan yang luar biasa.”

Kemenangan kelima berturut-turut

Walaupun kempen kelayakan mereka tidak begitu mengagumkan, kemenangan besar ini memberikan penamat yang baik.

Jerman hanya perlu mengelak kekalahan untuk mengesahkan tempat sebagai juara kumpulan.

Slovakia sebelum ini mengejutkan Jerman 2-0 dalam pertemuan pertama — kemenangan kompetitif pertama mereka ke atas gergasi Eropah itu.

Nagelsmann kini lebih yakin menjelang kepulangan pemain utama yang cedera seperti Kai Havertz, Jamal Musiala, Antonio Rudiger dan Marc-Andre ter Stegen.

Woltemade meredakan tekanan dengan tandukan gol pembukaan, yang menjadikannya penjaring empat gol terakhir Jerman dalam tiga perlawanan.

Selepas Michal Duris menguji Oliver Baumann, Gnabry menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-29.

Wirtz kemudian mencipta dua hantaran sempurna untuk Sane menyempurnakan dua gol lagi menjadikan Jerman 4-0 pada rehat.

Nagelsmann mengeluarkan Kimmich, dan pemain gantian Baku terus memberi impak apabila meledak gol hanya dua minit selepas masuk.

Ouedraogo pula menambah gol keenam di depan penyokong sendiri di Leipzig. – AFP

Continue Reading

Previous: Belanda layak ke Piala Dunia, Poland ke ‘play-off’
Next: Pemain pelapis Sibu cemerlang di Kejohanan Tenis Junior SSC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.