MARUDI: Sejumlah RM283,500 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada 11 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan lain daripada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Dato Gerawat Gala.
Antara yang menerima MRP tersebut ialah JKKK Rumah Michael Salengkor (RM20,000), JKKK Rumah Vincent Tanjong Opar Marudi (RM15,000), JKKK Rumah Adam Ongie (RM20,000), Urusetia Saudara Kita Marudi (RM3,500), BMC Chung Hua Marudi Baram (RM35,000) dan JKKK Rumah Sg. Ridan A (RM48,000).
Turut menerima, JKKK Rumah Jipun Kampung Baru Tanjung Upar (RM45,000), JKKK Sumping Sg. Linei Tutoh (RM15,000), Pertubuhan Agama Buddha Marudi (RM5,000), JKKK Rumah Jimbau Sg. Gudang Marudi (RM50,000), JKKK Rumah Keir Sulang Ujai Sg. Selejau Asal (RM23,000) dan JKKK Kampung Lubok Nibong Marudi (RM4,000).
Dato Gerawat berharap semua penerima MRP berkenaan dapat menggunakan peruntukan tersebut untuk menyempurnakan projek masing-masing.
“Saya berharap peruntukan ini digunakan dengan berkehmah dan dapat membantu melancarkan lagi projek yang telah dirancangkan,” ujar Gerawat.
Oleh Jiku Juguong