Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lions Club Sibu anjur kempen derma darah Ahad ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Lions Club Sibu anjur kempen derma darah Ahad ini

Utusan Sarawak 23 hours ago
KEMPEN derma darah Kelab Lions Sibu Loving Care pada Ahad ini.

SIBU: Kelab Lions Sibu Loving Care dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini.

Menerusi kenyataan hari ini, program itu merupakan anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Sibu.

Kempen akan diadakan di bangunan PBSMM Jalan Awang Ramli Amit, bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak keluarkan 24 notis ketidakakuran dalam Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan 2025
Next: Sesi libat urus MPS dan SPANS kukuhkan kerjasama hal ehwal perkhidmatan awam negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.