Tidak serik, lelaki dengan tujuh rekod lampau ditahan bersama syabu di Lawas

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KESALAHAN BERULANG… Suspek yang ditahan bersama syabu. Foto Polis Lawas

LAWAS: Seorang buruh yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah ditahan sekali lagi bersama sejumlah dadah dalam operasi di sini, semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah kereta pada 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata pemeriksaan tubuh suspek menemui dua keratan straw disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.46 gram.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan rekod lampau menunjukkan suspek mempunyai tujuh kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.