Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 8 maut selepas kapal karam di Kalimantan Timur, Indonesia
  • GLOBAL

8 maut selepas kapal karam di Kalimantan Timur, Indonesia

Utusan Sarawak 7 hours ago
PASUKAN mencari dan menyelamat bersama memindahkan mangsa feri karam di Ujoh Halang, Kutai Barat, Kalimantan Timur, Rabu. Foto Antara KaltimHO-KPP Balikpapan

JAKARTA: Lapan orang ditemukan lemas selepas sebuah kapal karam di Sungai Mahakam di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) wilayah itu, Dody Setiawan pada Khamis, lapor Xinhua.

Insiden berlaku pada Isnin ketika kapal berkenaan yang membawa 28 orang, termasuk tiga kru karam di kawasan hulu sungai di Kabupaten Kutai Barat, katanya.

Seramai 20 orang terselamat, manakala lapan lagi pada awal dilaporkan hilang. 

PASUKAN SAR gabungan telah memindahkan mangsa terakhir feri yang karam di Sungai Mahakam di Kutai Barat, Kalimantan Timur, pada malam Rabu (1211) jam 1019 malam. . Foto Antara KaltimHO-KPP Balikpapan

Sebelum tengah malam Rabu, pasukan penyelamat berjaya mengesan mayat terakhir lapan mangsa hilang itu terapung di sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat terus dilancarkan, meliputi sehingga 15 kilometer ke hilir, membabitkan 50 anggota penyelamat. 

“Sekitar 11.50 malam waktu tempatan pada Rabu, semua lapan mangsa yang hilang ditemukan maut,” kata Dody kepada Xinhua melalui telefon.

Beliau berkata arus deras dan muatan berlebihan dipercayai menjadi punca tragedi itu. 

Kapal berkenaan sedang membawa muatan simen ketika kejadian berlaku.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Salmonella punca lebih 300 kes keracunan makanan di Bandar HCM
Next: Letupan Red Fort New Delhi: Angka korban meningkat kepada 13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.