Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Santubong bakal diangkat semula sebagai destinasi pelancongan warisan
  • TEMPATAN

Santubong bakal diangkat semula sebagai destinasi pelancongan warisan

Utusan Sarawak 8 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Warisan Santubong di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs), Santubong, hari ini.

SANTUBONG: Santubong bakal diangkat semula sebagai destinasi pelancongan warisan melalui usaha memperkukuh penceritaan sejarah dan memperkasa peranan komuniti tempatan dalam memelihara warisan kawasan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, berkata langkah itu dilaksanakan melalui kerjasama antara Arkib Negara Malaysia (ANM) dan penceramah tempatan menerusi penganjuran Seminar Warisan Santubong.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kisah dan penemuan sejarah Santubong agar dapat dijadikan bahan rujukan serta dimanfaatkan dalam sektor pelancongan.

SEMPURNAKAN… Dato Sri Nancy Shukri menyempurnakan Seminar Warisan Santubong di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs), Santubong, hari ini.

“Kita mahu penduduk tempatan memahami cerita dan sejarah Santubong supaya mereka boleh menjadi pencerita kepada pelancong.

“Ini bukan sahaja memelihara warisan, tetapi juga membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di Seminar Warisan Santubong di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs) di sini, hari ini.

Beliau berkata, Santubong suatu ketika dahulu sudah terkenal dengan nilai sejarah dan keunikannya, namun pembangunan kawasan itu agak perlahan sejak kebelakangan ini.

“Dengan adanya kerjasama kerajaan negeri, Arkib Negara serta penulis tempatan, kita yakin Santubong boleh dibangunkan semula dan kembali menjadi antara tarikan pelancongan utama di Sarawak,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong itu menambah, seminar berkenaan turut membuka ruang kepada penulis dan penyelidik tempatan untuk berkongsi hasil penemuan mereka yang boleh dijadikan bahan ilmiah dan asas kepada pembangunan pelancongan warisan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai peranan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang kekal dikendalikan komuniti setempat dengan bantuan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, kerajaan menyediakan geran permulaan sebanyak RM100,000 bagi penubuhan PDK baharu serta bantuan tahunan tidak melebihi RM50,000 bagi tujuan pentadbiran.

“Petugas di PDK bukan kakitangan kerajaan, tetapi di bawah majikan komuniti masing-masing.

“Kita bantu dari segi peruntukan dan elaun, minimum elaun petugas kini RM1,700 manakala pelatih menerima RM300 sebulan,” jelasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak perkukuh akses, keselamatan melalui Transformasi Jambatan Luar Bandar
Next: Sarawak sedia tawar kepakaran kebajikan ke Sabah hadapi Monsun Timur Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.