Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki dadah di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki dadah di Lubok Antu

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi khas di Jalan Batang Ai, Lubok Antu, tengah hari semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 20-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah di Jalan Batang Ai, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, penahanan itu dilakukan menerusi Op Tapis Khas hasil risikan dan maklumat orang awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, telah menemukan satu paket plastik lutsinar berwarna biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.35 gram.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Lubok Antu untuk tindakan lanjut, manakala bahan yang disyaki dadah dirampas untuk dihantar ke makmal bagi analisis.

Siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan atau pengedaran dadah di daerah tersebut.

Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211 bagi membantu pihak berkuasa membanteras jenayah ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Next: Lelaki ditahan dalam ‘Op Belatuk’ terbabit kes penipuan pekerjaan atas talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.