
MIRI: Laluan Persisiran Pantai Bintulu-Miri, khususnya di kawasan Simpang Sepupuk menuju ke Miri, ditutup separuh jalan sementara bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan dan naik taraf permukaan jalan raya.
Penutupan separuh jalan itu telah berkuat kuasa pada 11 November 2025 hingga 31 Januari 2026, melibatkan pelaksanaan kerja naik taraf yang dijangka akan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna apabila siap kelak.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini, langkah penutupan ini penting bagi memastikan kerja dapat dijalankan dengan selamat dan teratur.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu di kawasan terbabit, mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan, serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Miri di talian 085-442244.
Langkah sementara ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menambah baik infrastruktur jalan raya demi kemudahan dan keselamatan pengguna di kawasan Bintulu–Miri.
Oleh Adum Liu