Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU pandang serius tindakan panjat papan tanda jalan, laporan polis akan dibuat
  • TEMPATAN

DBKU pandang serius tindakan panjat papan tanda jalan, laporan polis akan dibuat

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIGA individu yang tular di aplikasi TikTok kerana memanjat struktur papan tanda jalan dan tiang lampu di sekitar bandar raya Kuching. Foto DBKU

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memandang serius tindakan tiga individu yang tular di aplikasi TikTok kerana memanjat struktur papan tanda jalan dan tiang lampu di sekitar bandar raya ini.

Dalam kenyataan hari ini, DBKU menegaskan bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan diri, malah boleh merosakkan harta awam serta mencemarkan imej bandar raya Kuching.

“DBKU mengambil maklum mengenai satu hantaran di aplikasi TikTok yang memaparkan tiga individu bertindak memanjat struktur papan tanda jalan serta tiang lampu. 

“Tindakan seperti ini amat tidak sopan dan tidak senonoh,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, DBKU bakal membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam.

DBKU turut mengingatkan orang awam bahawa menampal sebarang bahan seperti pelekat, poster dan sebagainya pada papan tanda jalan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b), Local Authorities (Cleanliness) By-laws, 1999.

“Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM1,500, dan bagi kesalahan berikutnya denda tambahan RM3,000 atau penjara sembilan bulan bagi setiap kesalahan.

“Tingkah laku seperti ini dianggap pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat serta tidak akan dikompromi oleh pihak DBKU,” jelas kenyataan itu lagi.

DBKU dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan menghormati kemudahan awam demi kesejahteraan bersama.

“Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan bandar raya Kuching kekal sejahtera, bersih, selamat dan berdaya huni,” menurut kenyataan itu.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kedutaan Malaysia ucap tahniah kepada Premier Sarawak terima Anugerah Tertinggi Jepun
Next: Delegasi Perak tinjau visi bandar pintar Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.