Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anugerah Tertinggi Jepun bukti dunia iktiraf kejayaan Sarawak, penghormatan kepada seluruh rakyat
  • SEMASA

Anugerah Tertinggi Jepun bukti dunia iktiraf kejayaan Sarawak, penghormatan kepada seluruh rakyat

Utusan Sarawak 14 hours ago
Premier Sarawak menyifatkan penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Naruhito sebagai satu penghormatan besar kepada rakyat Sarawak. Foto UKAS

TOKYO, JEPUN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Naruhito sebagai satu penghormatan besar bukan sahaja kepada beliau secara peribadi, tetapi kepada seluruh rakyat Sarawak.

Menurut beliau, pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Jepun itu mencerminkan keyakinan dan penghargaan dunia terhadap usaha berterusan Sarawak dalam memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi serta mempelopori bidang tenaga baharu dan teknologi masa depan.

Premier Sarawak tiba di pekarangan Istana Imperial, Tokyo, Jepun. Foto UKAS

“Saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih atas penganugerahan ini. Saya berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Maharaja Jepun dan baginda menyatakan rasa bangga terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Jepun.

“Saya turut memperkenalkan Sarawak kepada baginda yang telah mengetahui mengenai usaha pembangunan ekonomi baharu yang kita laksanakan di negeri kita,” katanya semasa ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan TVS selepas menerima Anugerah The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Naruhito, hari ini.

Abang Johari menambah, pengiktirafan antarabangsa itu membuktikan dunia mengiktiraf kejayaan dasar-dasar pembangunan negeri, khususnya dalam meneroka bidang baharu yang menekankan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.

“Yang penting ialah mereka mengiktiraf bahawa Sarawak sedang bergerak ke arah ekonomi baharu dalam era baharu ini.

“Kita bersama dengan negara-negara yang meneroka dasar yang memberi kelebihan kepada kelestarian alam dan peningkatan pendapatan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berharap penganugerahan berprestij ini menjadi inspirasi kepada anak-anak Sarawak agar terus berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat global.

“Saya bersyukur kerana saya satu-satunya penerima dari Pulau Borneo dan tidak ramai yang mendapat pengiktirafan ini. Ini bermakna jika anak Sarawak fokus kepada bidang-bidang baharu dan mencapai kejayaan, dunia akan mengiktiraf kita,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Sarawak kini meneroka peluang kerjasama dengan Jepun dalam bidang tenaga fusiun, susulan kejayaan Jepun menjalankan ujian tenaga baharu itu sejak Julai lalu.

“Semalam saya telah berbincang dengan Presiden Japan Malaysia Association dan beliau akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri Jepun.

“Saya pula akan membincangkannya dengan Perdana Menteri Malaysia berhubung potensi kerjasama dalam tenaga fusiun. Kita mahu meneroka sumber tenaga baharu ini bersama Jepun sebagai sebahagian daripada agenda ekonomi hijau negeri,” jelasnya.

Beliau menegaskan, langkah tersebut selaras dengan aspirasi Sarawak untuk membangunkan ekonomi baharu berasaskan inovasi, teknologi, dan kelestarian sumber tenaga. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Duta Besar Norway ke Malaysia
Next: Premier Sarawak terima Anugerah ‘The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star’ daripada kerajaan Jepun hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.