Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tragedi kebakaran di Long Loyang: Lelaki 30 tahun rentung, seorang lagi cedera
  • KEBAKARAN

Tragedi kebakaran di Long Loyang: Lelaki 30 tahun rentung, seorang lagi cedera

Utusan Sarawak 16 hours ago
TERBAKAR… Kampung Long Loyang Ulu Tinjar Beluru musnah 100 peratus dalam kebakaran yang berlaku semalam. Foto  APM Beluru

BELURU: Lelaki 30 tahun dipercayai rentung dalam kebakaran rumah panjang di Kampung Long Loyang semalam, manakala seorang lagi mangsa melecur di kepala dan tangan telah mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Long Loyang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Beluru, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.21 pagi tadi.

Empat anggota dari Skuad Bravo segera bergerak ke lokasi, yang terletak lebih kurang 96 kilometer melalui jalan balak, diketuai PBT (PA) Sylvia Empiang Tunkai, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebakaran berkenaan.

SIMPATI… Skuad Bravo dari Pertahanan Awam Malaysia daerah Beluru menghulurkan bantuan bakul makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Long Loyang Ulu Tinjar Beluru. Foto APM Beluru

Katanya, setibanya anggota di lokasi, mereka bertemu dengan mangsa kebakaran yang memaklumkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada dapur gas ketika seorang penghuni menjerang air dan tertidur.

Tambahnya, Skuad Bravo turut menyerahkan bakul makanan kepada 22 Ketua Isi Rumah (KIR) serta 50 mangsa yang terlibat.

Jelasnya, mangsa kebakaran kini menumpang di rumah saudara mara dan di Astaka SK Long Loyang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Pulau Melayu 1
Next: Kilang kayu musnah 70 peratus dalam kebakaran di Batu 11

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.