Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida
  • GLOBAL

Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA penyelamat dan polis berada di lokasi kejadian nahas pesawat ringan di Coral Springs, Florida, pada Isnin. Dua individu disahkan maut selepas pesawat yang dalam penerbangan ke Jamaica untuk misi bantuan kemanusiaan terhempas ke dalam sebuah kolam. Foto Agensi
DUA maut selepas pesawat ringan terhempas di Coral Springs, Florida, pesawat dilaporkan dalam misi bantuan ke Jamaica susulan Taufan Melissa. Foto Agensi

WASHINGTON: Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu.

Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.

Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Penerbangan ke Seoul dilencong ke Munich selepas juruterbang kesan bau terbakar
Next: Sarawak kembali ke Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei 2025 promosi ‘Gateway to Borneo’ ke pasaran Asia Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.