Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Julau cemerlang SPM 2024, sasar GPS 3.72 bagi SPM 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Julau cemerlang SPM 2024, sasar GPS 3.72 bagi SPM 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
UCAPAN….Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berucap pada Majlis Graduasi 2025 SMK Julau, di salah sebuah hotel terkemuka di Sibu, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

JULAU: Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien melahirkan rasa bangga terhadap peningkatan prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau dan menyasarkan keputusan lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025.

Katanya, SMK Julau telah mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 4.42 berbanding 4.88 pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan usaha gigih guru dan pelajar mula menunjukkan hasil yang positif.

TAHNIAH….Salah seorang pelajar cemerlang menerima sijil kecemerlangan daripada Datuk Larry Sng Wei Shien. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau 

“Saya amat yakin dan berharap sasaran SPM 2025 GPS 3.72 akan tercapai. 

“Besarlah harapan saya terhadap kumpulan pelajar berprestasi tinggi supaya dapat memperoleh kelulusan penuh gred A dalam peperiksaan SPM 2025,” katanya. 

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi 2025 SMK Julau, di salah sebuah hotel terkemuka di Sibu, baru-baru ini. 

Beliau turut memuji kecekapan pihak pengurusan sekolah serta dedikasi guru dalam melaksanakan pelbagai bentuk intervensi menyeluruh yang disesuaikan dengan tahap pelajar. 

“Ia menggambarkan bahawa pihak sekolah sudah berada pada tahap kepakaran bagi mengambil tindakan, sudah tentu pendekatan klinikal telah diamalkan bagi memastikan kemenjadian murid tercapai.

“Pada era globalisasi ini, pendidikan amat penting bagi anak-anak kita.

RASMI….Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien merasmikan Majlis Graduasi 2025 SMK Julau. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

“Saya dapat menggambarkan bahawa pihak sekolah telah bekerja secara keras dengan mengamalkan pelbagai kaedah dan pendekatan,” katanya. 

Larry turut menzahirkan penghargaan kepada pengetua SMK Julau, barisan guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas kerjasama padu yang menjadi faktor utama kejayaan sekolah itu.

“Saya juga ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya merangkul kemenangan dalam beberapa pertandingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

“Tahniah SMK Julau kerana telah mendapat johan dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan yang telah diadakan di Curtin University Malaysia, Miri. 

“Tidak ketinggalan, SMK Julau turut menyertai Borneo International Robot Tournament peringkat antarabangsa yang telah diadakan di Hotel Meritz, Miri,” katanya. 

Beliau turut berbangga kerana SMK Julau, telah mendapat anugerah emas dalam pertandingan Science Castle Malaysia Peringkat Kebangsaan di Makarama Makerspace Merdeka Plaza.

Turut hadir pengetua SMK Julau, Madline Jayan. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Khatifah Remi dinobat johan pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025
Next: Hope Place Kuching hulur bantuan kepada keluarga lapan beranak di Petra Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.