Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah Mesra PKKS Subis dimeriahkan tiga pemimpin utama
  • Utara
  • WILAYAH

Ramah Mesra PKKS Subis dimeriahkan tiga pemimpin utama

Utusan Sarawak 19 hours ago
KK Amin Antin dan KK Suip Karim

MIRI: Ahli-Ahli Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis (PKKS) dan Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan, Kampung (JKKK) teruja dengan kehadiran tiga pemimpin utama di Daerah Subis hari ini.

Tiga pemimpin utama Daerah Subis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Lambir Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni.

Pengerusi PKKS, Ketua Kampung (KK) Bulau, Amin Anti berkata, ketiga-tiga pemimpin tersebut dapat hadir dan duduk bersama sangat menggembirakan kerana jarang ada peluang sedemikian.

“Mereka jarang ada bersama dalam satu program kerana masing-masing mempunyai komitmen dan tugasan harian di kawasan mereka.

“Objektif hari ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan pemimpin-pemimpin Daerah Subis yang telah bersatu padu membangunkan Daerah Subis serta ramah mesra bersama ahli JKKK dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada Majlis Ramah Mesra Keluarga anjuran Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, Bendahari PKKS KK Suip Karim turut mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga (ADUN Bekenu, Lambir dan Ahli Parlimen Sibuti) yang banyak memberi sokongan kepada PKKS dan JKKK dalam mengadakan pelbagai aktiviti di Daerah Subis.

“Ini boleh kita lihat pada hari ini yang mereka dapat hadir bersama ke majlis kesyukuran pada hujung tahun ini, terima kasih juga kepada ahli-ahli keluarga yang sentiasa mendukung dan menyokong tugasan dan bertanggungjawab selaku ketua kaum di kawasan masing-masing,” katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: GPS terus perkukuh pembangunan fizikal gereja melalui peruntukan RTP
Next: Pelajar Kabong istiqamah dalami al-Quran, cita-cita lahirkan generasi berakhlak mulia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.