Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM50,000 naik taraf Surau Darul Iman di Kampung Tengah Hulu
  • Selatan
  • WILAYAH

RM50,000 naik taraf Surau Darul Iman di Kampung Tengah Hulu

Utusan Sarawak 11 hours ago
SERAHKAN…Rodiyah Sapiee menyampaikan peruntukan kepada wakil daripada Surau Darul Iman di Kampung Tengah Hulu

GEDONG: Surau Darul Iman di Kampung Tengah Hulu bakal berwajah baharu apabila menerima peruntukan sebanyak RM50,000 melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah skim Outright Grant (OG) bagi Parlimen Batang Sadong, bagi tujuan menaik taraf kemudahan sedia ada demi keselesaan jemaah.

Projek penaiktarafan itu merangkumi kerja-kerja membina semula stor penyimpanan barang, pemasangan siling baharu, pemasangan mozek dan kipas serta kerja-kerja pendawaian elektrik, sekali gus memastikan ruang surau lebih selesa, bersih dan selamat digunakan oleh penduduk setempat.

Majlis serah mula projek tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, di kampung berkenaan semalam, menandakan permulaan rasmi kepada kerja-kerja penaiktarafan yang dijangka memberi manfaat kepada seluruh komuniti di kawasan itu.

Menurut Rodiyah, pelaksanaan projek berkenaan bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga menggambarkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh prasarana komuniti dan institusi keagamaan di peringkat akar umbi.

Beliau menambah, inisiatif di bawah PMR dan OG ini membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat di kawasan luar bandar, termasuk dalam memastikan kemudahan asas seperti rumah ibadat terus dijaga dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 32 sekolah sertai Kursus Latihan Beyblade Train of Trainer di Miri
Next: Projek RADDA, RTP bukti keprihatinan kerajaan Sarawak perkukuh pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.