Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guru ditembak murid berusia enam tahun terima ganti rugi AS$10 juta
  • GLOBAL

Guru ditembak murid berusia enam tahun terima ganti rugi AS$10 juta

Utusan Sarawak 1 day ago
ABIGAIL Zwerner, bekas guru Sekolah Rendah Richneck di Virginia, Amerika Syarikat, menerima ganti rugi AS$10 juta selepas ditembak oleh murid berusia enam tahun pada 2023. Juri mendapati pentadbir sekolah gagal mengambil tindakan terhadap amaran awal. Foto Anadolu


ABIGAI Zwerner, guru berdedikasi dari Virginia, hampir kehilangan nyawa selepas ditembak murid berusia enam tahun di dalam kelasnya. Foto Anadolu

ANKARA: Juri di negeri Virginia, Amerika Syarikat (AS) telah menganugerahkan ganti rugi berjumlah AS$10 juta kepada seorang bekas guru sekolah rendah yang ditembak oleh murid berusia enam tahun, selepas mendapati seorang pentadbir sekolah mengabaikan tanda-tanda amaran yang jelas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Abigail Zwerner memfailkan saman terhadap Ebony Parker, bekas penolong pengetua Sekolah Rendah Richneck di Newport News, kerana didakwa gagal bertindak walaupun menerima beberapa amaran bahawa murid berkenaan mungkin membawa senjata api ke sekolah, menurut laporan NBC News.

Menurut polis, pada 6 Januari 2023, kanak-kanak itu mengambil sepucuk pistol 9mm dari rumahnya dan membawanya dalam beg galas ke sekolah.

Kanak-kanak itu kemudian mengeluarkan senjata itu dan menembak Zwerner sekali, mengenai tangan dan dada guru berkenaan.

Walaupun cedera, Zwerner sempat membantu mengosongkan bilik darjahnya.

Menurut pasukan peguamnya, beliau telah menjalani lima pembedahan dan peluru masih berada di dadanya.

Peguam Zwerner berhujah bahawa Parker telah dimaklumkan oleh murid lain namun gagal bertindak tepat pada masanya untuk mengelakkan kejadian itu.

Pihak pembelaan Parker pula mendakwa beliau tidak dapat menjangkakan serangan tersebut.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 5 maut, 2 cedera dalam nahas helikopter di Rusia
Next: Dua letupan di masjid sekolah, cederakan lebih 50 pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.