KUCHING: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Riveria di sini berjaya diberkas penduduk di taman berkenaan.
Kehadiran suspek yang berusia 40 tahun itu disedari oleh anak pemilik rumah berkenaan selepas terdengar bunyi yang kuat dari aras bawah rumah terbabit.
Menurut anak pemilik rumah terbabit, dia yang berada seorang diri dirumah pada mulanya tidak meghiraukan bunyi terbabit kerana berangapan bunyi tersebut berpunca daripada rumah sebelah.
Katanya, dia kemudiannya mengubah fikiran untuk memeriksa punca bunyi tersebut sebelum terserempak dengan suspek yang sedang memegang komputer riba bapanya di aras dua rumah itu.
Suspek yang panik dengan kehadiran anak pemilik rumah itu cuba untuk melarikan diri dengan motosikalnya yang diletakan di luar rumah terbabit.
seorang jiran yang ternampak suspek memanjat pagar rumah terbabit sebelumnya bertindak menjerit memangil pemilik rumah selepas mendapati suspek cuba untuk melarikan diri.
Seorang saksi yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian bertindak menendang motosikal yang gunakan suspek sekali gus mengakibatkan dia terjatuh.
Katanya, suspek yang berjaya ditangkap itu kemudiannya diikat sebelum diserahkan kepada anggota polis yang dihubungi berhubung kejadian tersebut.
Pemeriksaan keatas suspek menjumpai wang tunai RM50 di dalam dompet dan satu jarum picagari dipercayai untuk kegunaan menagih dadah.
Suspek dibawa ke balai polis Kota samarahan untuk tindakkan selanjutnya.