Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pematuhan SOP bukan penghalang zahirkan cinta
  • TEMPATAN

Pematuhan SOP bukan penghalang zahirkan cinta

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN JALUR GEMILANG… Aziz (dua, kiri) menyerahkan Jalur Gemilang bersama Lo (tengah), Hairol (kanan) kepada Hamzah (dua, kanan) dan turut kelihatan Jani (kiri). • Foto Ihsan JAPEN

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menegaskan bahawa pematuhan kepada procedur operasi sdtandard (SOP) akibat wabak pandemik Covid-19 tidak menghalang orang ramai untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam menyambut Bulan Kebangsaan.

Lo berkata demikan pada Program Merdeka@Komuniti anjuran Daerah Bau yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Lidah Tanah, Batu Kitang, semalam.

Menurutnya lagi, orang ramai perlu terus bersatu hati dalam memelihara perpaduan negara menerusi sikap toleransi dan kerjasama antara satu sama lain terutamanya ketika menghadapi cabaran Covid-19 ini.

“Janganlah kita pentingkan diri, amalkan norma baharu dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh pemulihan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Aziz Abdul Rahman menyatakan tindakan menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotisme tidak hanya terhad pada program bersemuka sahaja.

“Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak malah turut menyuntik jiwa merdeka menerusi program terancang yang disesuaikan dengan pematuhan SOP demi menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan virus Covid-19,” katanya.

Tambah Aziz, JAPEN turut melaksanakan Info On Wheels (IOW) Merdeka sehingga ke kawasan pedalaman agar dapat meningkatkan momentum sambutan Bulan Kebangsaan.

Antara aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan yang telah dirancang dan bakal dianjurkan ialah Pidato Kenegaraan, Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Sayembara Menulis Cerpen Merdeka, Klik@Merdeka dan Smule Bintang Patriotik.

Turut hadir, wakil Pegawai Daerah Bau, Hairol Nizam Morshidi, Ketua Polis Daerah Siniawan, Jani Angkun dan Ketua Kampung Lidah Tanah, Hamzah Bujang.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: SK Kampung Tellian beroperasi hujung 2020
Next: GPS bina jalan alternatif hubungkan Limbang, Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.