KUCHING: Sentimen keagamaan dan perkauman jangan dimainkan di Sarawak, tegas Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata kepimpinan GPS meletakkan kesaksamaan keagamaan di kalangan rakyat adalah perhatian utama.
“Sebab (ini) kita di Sarawak pertama kali dari dahulu hingga sekarang dapat hidup dalam keadaan harmoni,” katanya yang juga Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majilis Penyerahan Projek RTP Membina Laluan Susur Gajah di SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed di Taman Malihah di sini semalam.
Menurut Fadillah, keharmonian Sarawak terpelihara hingga kerajaan Sarawak mewujudkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai inisatif membela dan membantu agama-agama lain selain Islam di negeri ini.
“Diketuai oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Timbalan Ketua Menteri) (UNIFOR) itu untuk melihat kepentingan agama-agama lain termasuk kebajikan dan kepentingan mereka dijaga,” tegasnya.
Justeru itu, apabila ada kenyataan daripada Ahli Parlimen (Ahli Parlimen Pasir Putih – PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh) yang berpendapat mengundi GPS adalah serupa mengundi PAS, Fadillah menjelaskan, kenyataan itu hanyalah kenyataan dan pandangan peribadi Nik Muhammad Zawawi.
“Itu adalah pandangan individu dan bukan pandangan parti sekali pun dan kita (menegaskan kepada pihak itu) jangan bawa isu ini ke Sarawak,
“Sebab Sarawak kita kena kekalkan, kita hormat antara satu sama lain, kita saling menolong antara satu sama lain.
“Kita dapat hidup dalam keadaan harmonis, jadi jangan mainkan isu perkauman isu keagamaan di negeri sarawak,” tegasnya mengakui lagi pandangan itu tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.
Apa yang mustahak bagi rakyat negeri ini, Fadillah meminta rakyat perlu bersatu dalam memastikan kerukunan kehidupan dan perpaduan dikekalkan menandangkan ia adalag tunjuang utama Sarawak.
Sementara itu, Fadillah membidas pendapat mengenai ada pihak menyamakan GPS bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) adalah bersama PAS.
“Apa beza DAP dahulu bekerjasama dengan PAS? sebab itu dulu kita katakan walaupun kita kerajaan persekutuan apa dikatakan perikatan nasional plus GPS kita bukan sebahagian daripada PN,” tegasnya lagi.
“GPS adalah GPS. Perjuangan GPS jelas meletakkan keutamaan negeri sarawak, hak Sarawak akan kita perjuangkan dan termasuk hak kebebasan agama untuk menjaga keharmonian dan kestabilan.
“Itu yang kita kekalkan, kita dah buktikan di Sarawak dengan penubuhan UNIFOR itu adalah satu wadah dan pembuktian bahawa sarawak (dipimpin oleh GPS) adalah berlainan dengan apa yang berlaku di semenanjung,” ujarnya.
Perbezaan Sarawak dan semenanjung Malaysia akui Fadillah menyebabkan Sarawak memisahkan diri daripada Malaysia Barat itu dari segi politik.