Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera ringan, Hilux langgar belakang lori di Bukit Sebangkoi
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera ringan, Hilux langgar belakang lori di Bukit Sebangkoi

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEMALANGAN….Kemalangan di Bukit Sebangkoi semalam melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux dan lori kargo. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 49 tahun cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori kargo di Bukit Sebangkoi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.24 malam. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Teo Beng Khim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux terlanggar bahagian belakang lori kargo,” katanya ketika dihubungi media, hari ini. 

Katanya, pemandu Hilux mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori kargo tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Mangsa yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. 

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran kekili hos bagi membersihkan kawasan kemalangan daripada tumpahan minyak dan serpihan kaca. 

“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 10.27 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang memukat ditemui meninggal dunia di Sungai Temenggong
Next: Lelaki cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.