Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas hilang memukat ditemui meninggal dunia di Sungai Temenggong
  • KEMALANGAN

Warga emas hilang memukat ditemui meninggal dunia di Sungai Temenggong

Utusan Sarawak 20 hours ago
WARGA emas hilang memukat ditemui meninggal dunia di Sungai Temenggong, Matang.

KUCHING: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar memukat di Sungai Temenggong, Matang, awal pagi tadi ditemui meninggal dunia malam ini.

Mangsa, dikenali sebagai Zailani Jenis, 61, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 3.00 pagi oleh anaknya, sebelum perahu milik mangsa ditemui terapung di sungai tersebut sekitar 4.00 petang.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, pasukan bomba telah ke lokasi bagi mendapatkan maklumat dan menasihatkan keluarga mangsa membuat laporan polis susulan keadaan cuaca tidak mengizinkan serta semakin gelap di lokasi.

“Bagaimanapun, pada jam 9.10 malam, pihak bomba menerima maklumat daripada polis mengenai penemuan mangsa yang dijumpai oleh orang kampung sedang memancing tidak jauh dari botnya pada jam 8.53 malam.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan malam ini.

Operasi di lokasi melibatkan tiga anggota bomba bersama sebuah jentera Hilux, selain bantuan tiga anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Bumbung garaj roboh di Taman Reservoir, tiada mangsa cedera
Next: Lelaki cedera ringan, Hilux langgar belakang lori di Bukit Sebangkoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.