Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 98 peratus penerima SARA bulanan sudah belanja RM3.66 bilion beli keperluan asas
  • NASIONAL

98 peratus penerima SARA bulanan sudah belanja RM3.66 bilion beli keperluan asas

Utusan Sarawak 17 hours ago

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.66 bilion telah dibelanjakan oleh 98 peratus penerima bulanan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara bagi membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad sehingga 3 Nov.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata dalam tempoh sama, 100 peratus penerima bantuan itu di negeri Perlis, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuat pembelian keperluan asas melalui SARA.

“Bagi penerima penghargaan SARA RM100 pula, lebih 18.3 juta rakyat ataupun 83 peratus berjaya (memanfaatkannya) melibatkan kos RM1.69 bilion.

“Kerajaan akan terus pastikan penjimatan hasil tambahan yang diraih susulan pelaksanaan reformasi fiskal negara, mestilah dipulangkan semula kepada rakyat termasuk dalam skop meringankan kos sara hidup,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa memastikan manfaat SARA itu bukan hanya kepada penerima bantuan tetapi turut menyokong peniaga kecil, kedai runcit persendirian dan kedai koperasi. 

Beliau berkata setakat 3 Nov juga, inisiatif itu berjaya melibatkan lebih 8,700 Rakan Niaga SARA termasuk sekitar 2,500 kedai runcit kecil di seluruh negara. 

“Ini peningkatan besar berbanding 700 Rakan Niaga SARA termasuk 180 kedai runcit kecil pada tahun lepas. Antara koperasi yang menjadi Rakan Niaga SARA termasuklah Coop Mart, Koperasi Penjara Berhad, Koperasi FELCRA dan Koperasi FELDA Sungai Koyan 2,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Skim kelayakan berperingkat BUDI95 pemandu e-panggilan diaktifkan pertengahan setiap bulan – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.