Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pejabat Daerah baharu jadi pemangkin perkhidmatan awam lebih efisien
  • Utara
  • WILAYAH

Pejabat Daerah baharu jadi pemangkin perkhidmatan awam lebih efisien

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Rosey Yunus dan Norlila Ulis rakam kenangan bersama kakitangan Pejabat Daerah Subis dan KMKK pada majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Perpindahan ke Bangunan Baharu Pejabat Daerah Subis, semalam.

BEKENU: Bangunan baharu Pejabat Daerah Subis dijangka menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan selesa kepada penduduk daerah itu.

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata perpindahan ke bangunan baharu itu bukan sahaja meningkatkan keselesaan penjawat awam, tetapi juga mencerminkan kemajuan pentadbiran kerajaan di daerah tersebut.

Katanya, sekurang-kurangnya inilah yang boleh dianggap sebagai satu penyuntik semangat bagi penduduk di kawasan tersebut.

“Seperti kata orang, tiga langkah ke kanan sudah terkena meja orang, pusing ke kiri pun sudah terkena meja orang.

“Namun, apabila kita lihat tadi, kini sudah ada pejabat tertentu dengan seksyen yang tersusun. Inilah harapan kita semoga dengan adanya pejabat baharu ini, ia menjadi satu lambang pembangunan serta kebanggaan bagi kawasan kita,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian pada majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Perpindahan ke Bangunan Baharu Pejabat Daerah Subis, di sini semalam.

Tambahnya, pembinaan bangunan baharu itu menempuh pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 serta kekangan kewangan yang menjejaskan pelaksanaan projek pada peringkat awal.

“Kemudahan di bangunan baharu dilengkapi bilik mesyuarat, bilik pentadbiran serta seksyen khusus bagi memudahkan urusan rasmi dan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, semua pemimpin komuniti, termasuk ketua masyarakat dan ahli majlis Daerah Subis, supaya terus memainkan peranan aktif dalam membantu kerajaan merancang pembangunan di kawasan masing-masing,” tegasnya.

Turut bersama Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis dan Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) DAERAH Subis.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka ucap tahniah kepada APM Saratok atas komitmen cemerlang
Next: Projek naik taraf jalan di kawasan Jakar tingkat kemudahan penduduk setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.